BULAN SYAABAN
Syaaban adalah bulan Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya " Dinamakan dengan syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.
Setiap amalam kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.
Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun.
Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat sunat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.
Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.
Ramadhan kian menjelang..!!!
OthmanYahya
sayang-sayang Allah.. sayang-sayang rasul..
Friday, July 8, 2011
Friday, June 10, 2011
Paroro Miroro #1
figtinggggggggg!
exam is still on schedule. don't malas-malas and start fokus! aigooo let's put first things first oke..
Firstly, jaga hubungan dengan Allah. Istiqamah solat 5 waktu berjemaah di masjid tu. jangan nak mudah2 sangat terbawa-bawa dengan tidur. Kalau kau rasa macam lemah semangat tu, haaaa cepat-cepat la istighfar. Cari sumber semangat tu balik oke. Baca AQ, maathurat. Pokoknya jangan dok sorang2. Cari kawan2. Imran, fizi, pak lah, yen sume ada lam rumah tue. Tak pun call la mesia ke hape kan. Takkan aku nak bgthu jugak pasal ni. Ya3 aku tahu internet slow tapi pinjam la yg imran punya. Kau tu dahlah anak manja. Tak leh berpisah sekejap dgn mak kan. kalau tak cakap sehari dah tak senang hati. So, kalau ikut formula yang orang cakap, kau rindu mak sekali, mak rindu kau 10 kali. So tepon la mak oke.
Secondly, jaga hubungan dengan kawan-kawan mirul. kau ni pun. Aku tahu lah kadang-kadang stress exam, otak serabut dengan pelbagai ilmu yang evaporised setiap saat. Tapi, set dalam mind yang kawan-kawan pun exam. So, sama-sama stress. Kena bersabar lebih. Kalau kau rasa nak marah sangat atau tetiba rasa cam ringan je kaki nak terbang, cepat2 la main bola keh3. tade2 aku gurau je. kau jgn sepak aku pulak hehehehe. Bersabar je la. Kau kan ada teknik keramat tak nak terasa hati dengan orang. So time ni lah maximise your skills tu. Cuma satu je aku nak cakap. Kau jaga yang first tadi (hubungan dengan ALLAH), iAllah hubungan dengan kawan akan terus baik.
Next, jaga pemakanan tu. Ni kalau tiap-tiap malam nak makan kambing bakar susah lah. buang tabiat hape kau ni. Aku faham kau set dalam kepala, kambing makanan feveret rasulullah. Pandai betul la kau ni. Kalau dalam bab makan kambing nakkk aje ikut sunnah. Cubalah applykan pemikiran yang sama kat sunnah2 baginda yang lain. pakai jubah n serban ke, menyebarkan salam ke uncle2 arab ke, n bnyk lagi sunnah nabi lain yang kau boleh buat. aku tadela larang. suka jugak tengok kawan-kawan kumpul ramai gelak sama-sama berkongsi cerita sambil makan kambing. cam nice la kan. cuma yalah berpada-pada. Duit kena simpan gak. cakap nak kawen keh3.
Yang terakhir, aku nak cakap sket la kan. kau jangan pandang serong kat aku pulak. Hurm, canne nak cakap ya. Tade la pasal Budi Santoso tu. Aku tahu kau sayang sangat kat dia. to love unconditionally cehh wahhh. cam gary suka song ji hyo kan keh3. Jangan begitu sahabat. Apa tu orang cakap, jangan terlebih dalam mencintai, boleh jadi suatu hari kau akan membenci, dan jangan terlalu membenci, boleh jadi suatu hari kau akan mencintai. Haaaaa, sifir ni boleh apply kat laki jugak bukan wanita je :). Dah2 la terlalu mengenangkan sesuatu yang bukan milik kau. Dia ada kerja dia. Kau ada kerja kau jugak. Fokus apa yang ada disekeliling kau dahulu. Alaa kau doa, doa dan terus berdoa. The key is cam aku cakap sebelum nie la, kau jaga hubungan dengan Allah, iAllah he will ease your way. fightinggg!
Haaaa the last one la may be. lepas ni boleh agy aku beleber kau. banyak lagy aku nak sembang ngan kau. oke. jaga diri!!! :)

Thursday, June 2, 2011
Merebut Promosi dari Allah di bulan Rejab,
Assalamualaikum wrt. wbr.
Artikel di bawah adalah petikan daripada kiriman seorang sahabat melalui e-mel berkenaan Amalan-amalan sunat dalam bulan-bulan Islam. Sumber asalnya tidak disebutkan. Mungkin diambil daripada buku "Amalan Harian Sepanjang Zaman" oleh al-Ustaz Dato' Hj. Ismail Kamus terbitan a-Tafkir Enterprise, Kuala Lumpur.
BULAN REJAB
Bersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw maksudnya,
Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah
Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah
Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan dari Allaj dari dugaan dunia, deselamatkan dari penyakit yang berbahaya dan diselamatkan dari disiksa diakhirat dan fitnah dajjal
Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahannam baginya
Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibuka oleh Allah 8 pintu syurga baginya
Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka akan dieprkenankan oleh Allah hayat dan permintaannya
Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalannya berlipat kali ganda
Orang yang berpuasa di bulan Rejab kelak di Syurga diberi minum air sungai yang bernama Rejab yang airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji
Dalam bulan lain setiap amalan akan digandakan Allah 10 kebajikan, tetapi pada bulan Rejab akan digandakan sebanyak 70 kebajikan.
Digalakkan mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab seperti Isra' Mikraj Rasulullah saw.
Selamat beramal..! Jom jadi terbaik untuk islam.. Sandarkan cinta pada manusia, terkadang suka terkadang duka. Sandarkan cinta padaNYA, pasti kamu tak akan kecewa. Jangan pernah berhenti berharap menjadi orang yang baik :)

Wednesday, April 20, 2011
Some things are better left unsaid.

Orang tua-tua cakap, diam itu emas. Malah tanpa ragu islam turut menganjurkan umatnya untuk berkata hal-hal yang baik.
وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَسْكُتْ......
( Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik atau diam.)
MasyaAllah.
Ramai orang yang tahu ilmu. Tapi tak ramai orang yang mampu laksana ilmu. Itulah kumpulan manusia yang lalai dan tidak terkecuali AKU.
Lately aku menghadapi satu fatrah permasalahan yang sukar dan sulit. Pelbagai persoalan menghantui benakku, meluluhkan jiwa kerna hanya MASA yang bisa menjawab segalanya.
Aku selalu berfikir dan kerap bermonolog sendirian. Itu dan ini. Kalau A dan kalau B. Begitu dan begini. Permasalahan timbul pabila aku mendapati hal ini tiada jawapan yanh konkrit. Aku jadi lemah. Jiwa jadi gundah. Terawang-awang dalam dunia fantasi kak limah.
Justeru aku MENDIAMKAN DIRI. Dengan harapan masa akan merubat segala thrombus dalam hati ini.
'Well.., every bad things must come to an end'. positive2..!'
Pemikiran inilah yang memberikan kekuatan pada diri untuk terus melangkah meneruskan kehidupan. Sampai satu ketika selepas aku sudah merasa putus harapan, selepas satu persatu masalah bersilih ganti merombak keyakinan, aku mengambil keputusan untuk berserah segalanya padaNYA.
Alhamdulillah.
Doa aku diperkenankanNYA. Aku mendapat satu berita gembira yang cukup-cukup dinantikan. Biarpun bukan semua masalahku terurai dengan berita ini, pasti satu kelegaan yang teramat telah aku rasai. Terasa seperti ingin melonjak. Alhamdulillah Allah memperkenankan doaku. Selesai sudah satu masalah. Aku berharap.
Abah pun deliver many good stories mengenai hal-hal dirumah. Kawan-kawan bertambah rapat. Duit biasiswa baru masuk. Hubungan dengan alam bertambah erat. Man U layak semi final champions league..etc.
EVERYTHING back to normal..!
p/s :
Muhasabah sebelum tidur hari ini. Aku mendapati perasaan tidak tenang aku selama ini berpunca dari LIDAH. Ya. Lidah yang tak bertulang. Hyoglossus, Palatoglossus, Genioglossus semua lah. Selama ini, time aku happy, sesedap mulut je cakap perkara-perkaya yang melalaikan. Pastinya, bermula dari mulut jatuh ke hati! Sebab tu lah bila ditimpa masalah, kurang antibody daya tahan rohani untuk melawan antigen yang dibawa oleh setan-setan laknatullah. Hati sudah dikotori oleh kalam-kalam maksiat yang bertambah dari waktu ke waktu. Terkadang kita lupa untuk mengalunkan vaccine mujarab alunan ayat Al-Quran bila ditimpa masalah. Baru aku sedar bahawa ujian Allah itu sebenarnya satu tarbiah buat diri kita. Satu cara Allah nak didik diri kita supaya menjadi hamba yang bersyukur.
Pabila kita diuji dengan permasalahan, bebanan jawatan DSB, sedarlah bahawa ia satu tarbiah dari Allah. Kerana pabila kita sentiasa merasa susah, maka kita akan selalu berdampingan dengannya. Kerana itulah jalan yang dilalui oleh baginda MUhammad S.A.W, para sahabat dan para waliyullah. Sematkan dalam pemikiran bahawa perjuangan hdup di dunia ini pahit kerana ganjaran syurga disana itu manis.
Kini, aku sangat menyesali lantang dan tegang pacak lidahku menguntaikan jutaan kalam-kalam tak bermakna. Ampunkan aku Ya Allah.
SubhanAllah.
Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada agamu; ISLAM dan rasa taat pada mu. Kau pandulah lidahku untuk selalu berzikir mengingati kebesaranmu. Letakkanlah iman dan waras mengepalai lidahku dan bukannya nafsu pemusnah. Ya Allah, aku memohon kepadamu, sejahterakanlah lidahku dari noda maksiat yang hanya akan menjauhkan aku darimu.
Amin Ya Rabbal Aalameen..
Saturday, April 16, 2011
Gusar, Gelisah, Gabra (3G)
[monolog]
Duhai hati.
Mengapa dikau merasa gundah sebegini rupa?
Mengapa degupan nadi berlagu kencang seusai lenamu?
Mengapa setiap langkah dan hela nafasku bagai hampa mengenangkanmu?
Ketahuilah duhai hati.
Bibir sudah tidak mampu lagi tersenyum menutup hibamu.
Mata sudah kekeringan menangisi rakusnya gelojakmu.
Hingga terkadang aturan akal rapuh dek lemahnya imanku.
Pulihlah dikau hati.
Aku merayu.

Tuesday, February 22, 2011
An Asam Gumpal A Day Keep the Hunger Away..

FOOD. Every people fond of it. And each of us must at least have tens of his/her favourites. Ada yang suka tom yam. Ada suka makan Laksa. Ada suka makan Chicken Chop. Ada suka Sup. Ada juga yang suka Singgang, Apam Balik, Kepok Lekor, and lotttss of others. You just name any there must be someone out there hamba Allah yang suka makan nyer kan. Without any exception me too have my own one.
Recently, i cannot avoid myself from ASAM GUMPAL. Yay!! Ibarat nasi perlukan lauk, that's how 'asam gumpal' to me now. Haha. I'm just so soooo in love with it... I'm looovingggg it..! Anda kena cuba satu kalau datang terengganu eh.
From the first day since the balik free, i've always eat at least la one asam gumpal a day. Even akak kedai depan tu pun dah faham. As if i'm coming, maka dia akan cakap asam gumpal ke dik?? Plus today akak 2 dah siap bungkus dalam plastik lagi. Haha. Apa lagi tersipu-sipu malu kucing je la aku membayarnya.
Asal nama asam gumpal mungkin kerana ia di gumpal (dibulat-bulatkan atau di kepal) tapi di mana kaitan "Asam" nya ? nak kata dalam kuahnya diletak asam gelugor atau asam jawa tak der pula hee hee... keistimewaannya yang lain ialah di dalamnya terdapat inti kacang.. memang sedaplah! apalagi di hirup dengan kuahnya sekali ....
Dan kegilaan ini disedari oleh people who live around me. Especially akak2 klinik mak yang memang nakal-nakal belaka. Hari tu sempat lagi salah sorang akak klinik mengusik ckp yang alongg kalo setara ni suka makan asam gumpal nak tak nak kena cari isteri yang pandai buat asam gumpal la. Haha. Sound wicked! TAPI kan KAK YAH.. ada ke perempeuan generasi millenium pandai buat asam gumpal?? Susah kak Yah oii.
Oke2. Enough talking and lets the pics explain.

╔♫═╗╔╗ ♥
╚╗╔╝║║♫═╦╦╦╔╗
╔╝╚╗♫╚╣║║║║╔╣
╚═♫╝╚═╩═╩♫╩═╝
ஜ۩۞۩ஜ Asam Gumpal ஜ۩۞۩ஜ
p/s :
Tadi dah umum dalam berita lecture kat cairo u akam start pada 12 Mac. That's the due date. At last.. A new curtain is about to be tied back,and I'm the one who'll be looking through the window. I need to focus more. Oh please tons more okeyh, and I'm sure,this time I won't just be looking. Because surely this new semester,things will be different. Y? Because I said so.Haha.
Sunday, February 20, 2011
Look who's back...
Assalamualaikum semua..
Bismillah..
Sudah agak lama tidak ber'bicara' di sini. Kekangan masa bercampur komitmen pada hal-hal lain menyumbang kepada berkurangnya masa aku berblog. So, sejak balik free dari Mesir hari tu adala jugak masa terluang walaupun sibuk dengan pelbagai urusan di bumi Malaysia ini. Terlintas di kepala mengapa tidak mengisi masa lapang dengan menulis. Ya, sejak dulu lagi memang aku minat menulis. Tapi hanya minat tak menjanjikan penguasaan bahasa kan. Ia tetap berhajatkan kepada latihan yang berterusan. Tapela iAllah sikit-sikit. Biar sedikit asal berterusan.
Cuma sekadar mengukir kisah hidup yang bermakna atau berkongsi pandangan hati mengenai sesuatu isu.
Semoga memberi manfaat paling kurang pada empunya diri sendiri. Jika diizinkan Allah mampu memberi impak positif pada saudara saudari itu sudah dikira satu komisen. Kerja tak bergaji lah katakan. Cuma terkadang ada customer customer seperti anda tersalah masuk kedai nak buat cmne eh ngeee:)
Akan ada entri serius. Akan ada entri ilmiah. Akan ada entri sedih. So enjoy je la eh. Cuma sekadar suka-suka. Sebarang penulisan di sini hanyalah pandangan dari penulis dan tidak ada kaitan antara yang hidup ataupun sudah kembali bertemuNYA.

Subscribe to:
Posts (Atom)